Monday, July 4, 2022

Ketika dan Kalimat

Amali terakhir bagi kelas Multimedia dalam Bahasa diadakan pada 1 Julai yang merupakan kelas terakhir. Rasa sangat lega kerana selesai dengan segala tugasan. Tugasan yang diberikan memang banyak tetapi pada hari terakhir baru sedar tugasan itu datang sekali dengan pengalaman pahit manis, memori, pengetahuan dan sebagainya.

Baiklah tugasan terakhir kami ialah menulis sebuah ketika dan kalimat untuk ceritakan tentang diri, kursus, tugasan, pengalaman suka duka dan sebagainya yang kami alami sepanjang kuliah ini. Saya telah mempelajari ilmu baru terutamanya tentang multimedia semasa mengambil kursus ini. Pertama sekali, cara menghasilkan blog. Pada mulanya memang susah sebab tak mahir, tetapi lama-kelamaan, menulis blog menjadi kebiasaan kepada saya. Seterusnya, asas mengambil gambar. Dulu skil ambil gambar memang teruk. Nama je guna I Phone 12, tapi cara gambar hmmmmmm mengecewakan. Syukur kepada kursus multimedia, sekarang memang pandai gambar sampai kawan semua puji. Videografi pula juga sudah kenal, belajar dan ingat sampai bila-bila. Banyak sangat ilmu dibelajar dan saya tahu ini semua akan berguna pada suatu hari nanti. Tugasan memang banyak. Setiap kali kuliah, ada tugasan pastu amali, ada tugasan lagi tetapi semua itu merupakan memori yang akan kukenang bila-bila sahaja. Saya ingin berterima kasih kepada Prof. Dr. Normaliza. Mula-mula memang garang prof ni. Takut tapi lama kelamaan dapat tahu dalam hati Prof ini ada taman bunga jugak. Prof merupakan contoh terbaik kepada kami untuk menerima segala tugasan dengan hati yang terbuka dan tidak merungut. Prof telah ajar kami banyak benda terutamanya untuk tabah menghadapi cabaran. Terima kasih, Prof. Love you so much. 

Saya juga ingin memberi sedikit kata tentang kumpulan saya, KJK Production. They are the best group that i could say. Bab kerjasama memang terror. Kami semua saling memahami. Semua pun rajin, jadi segala tugasan dan urusan sangat dimudahkan oleh mereka. Thank you guyssss. 

Dengan ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf dengan hati yang terbuka kepada semua pihak sekiranya saya melakukan apa-apa kesilapan atau kesalahan tanpa saya sedari.


Gambar memori bersama semua ahli KJK Production


Video kredit paling favourite abad ini



Kehadiran Amali 1 Julai 2022 BBM 3410


BBM3410 2022
bbm3410 2022



No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Hi, everyone. Pavitra here. This blog is all about myself and definitely people around me.

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2022