Bagi kelas kuliah minggu ini, kami diminta untuk menyediakan satu video berkaitan asas videografi iaitu one shot two layer. Ketika bermesyuarat untuk menghasilkan tugasan video ini, agak sukar untuk mencari tarikh dan waktu yang sesuai kerana kekangan masa yang dihadapi oleh setiap ahli kumpulan.
Terdapat salah seorang daripada ahli kumpulan kami yang menyertai Sukan Kolej. Oleh itu, kami semua bersepakat untuk membuat latihan pada waktu malam. Walaupun agak letih, kami berjaya mencapai kata putus dan menghasilkan video ini dengan kerjasama erat daripada setiap ahli kumpulan.
Berikut merupakan pautan YouTube untuk video One Shot Two Layer kumpulan kami.
BBM3410-2022-ASAS VIDEOGRAFI ONE SHOT TWO LAYER [KJK PRODUCTION]
Kehadiran Kuliah 18 Mei 2022 BBM3410
No comments:
Post a Comment