Saturday, May 28, 2022

Asas Videografi: Video Lagu

 PAPAN CERITA VIDEO LAGU

Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya iaitu Multimedia dalam Bahasa (2019), video lagu merujuk kepada video yang memerlukan lakonan mengikut jalan penceritaan lirik lagu. Video lagu melibatkan pelakon yang dapat meninggalkan kesan terhadap lirik lagu tersebut. Lakonan yang dilakukan perlulah mempunyai emosi supaya penonton faham tentang jalan cerita lagu tersebut. Video lagu memerlukan suntingan yang baik supaya nampak lebih menarik.

Proses penghasilan video lagu ini berjalan dengan lancar. Meskipun pada mulanya semasa hendak melakukan rakaman kami menghadapi halangan iaitu cuaca yang tidak menentu, namun kami berjaya mengatasinya dengan menukar lokasi rakaman secara tiba-tiba ke kawasan yang lebih sesuai. Dalam masa yang singkat video ini siap dirakam dan akhirnya dihasilkan dengan jayanya dengan kerjasama semua ahli terlibat.

Berikut merupakan pautan Youtube Video Lagu Kumpulan KJK Production




Kehadiran Kuliah 26 Mei 2022 BBM3410 (Ganti kuliah 25 Mei, Rabu) 

Bukti kehadiran yang pelik. Yang peliknya postur saya dan cara saya ambil gambar. Maklumlah duduk dekat lantai. Susah pula nak selfie. Muka baru bangun lagi. Sabar je la dengan perangai saya, Prof. 



BBM3410 2022
bbm3410 2022

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Hi, everyone. Pavitra here. This blog is all about myself and definitely people around me.

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2022