Thursday, June 30, 2022
Pembentangan Resensi Buku Multimedia dalam Bahasa
Saturday, June 18, 2022
Tugasan Resensi Buku Multimedia dalam Bahasa
Tugasan kali ini memerlukan kami untuk melakukan pembentangan kumpulan resensi buku Multimedia dalam Bahasa bagi setiap bab. Setiap bab diagihkan secara adil kepada setiap ahli kumpulan masing-masing untuk dibentangkan. Proses penyediaan slaid berjalan dengan lancar kerana setiap ahli kumpulan menjalankan tugasan masing-masing dalam Google Slides dan menyiapkan slides dalam tempoh masa yang diberikan. Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk melakukan pembentangan.
Kehadiran Kuliah 15 Jun 2022
Bukti Kehadiran Pembentangan BBM3410
Friday, June 17, 2022
Tugasan Podcast
Tugasan podcast ini memerlukan kami untuk memilih satu podcast untuk dibentangkan pada minggu ke-12. Hanya lima minit diperuntukkan untuk setiap pembentangan. Dalam pembentangan ini, kami harus menceritakan tentang podcast, sedikit latar belakang podcast tersebut, keistimewaan podcast, kandungan yang terdapat dalam podcast dan lain-lain.
Berikut merupakan giliran kumpulan bagi pembentangan podcast setelah dibincangkan bersama kumpulan-kumpulan lain:
1. SaPe Production
2. KJK Production
3. Romulo Production
4. ATMA Production
5. VA Production
Kumpulan KJK Production merupakan kumpulan kedua yang melakukan pembentangan dan dalam kumpulan tersebut, saya merupakan ahli ketiga yang melakukan pembentangan
Saya memilih podcast "Terima Ibu Bapa Seadanya" daripada channel Sembang Berisi di Spotify.
Monday, June 13, 2022
Asas Videografi: Video Setempat
Pada minggu ini, saya ditugaskan untuk memuat naik video setempat yang berdurasi tiga minit. Saya telah memuat video tersebut dalam laman YouTube saya. Pelbagai cabaran saya hadapi semasa saya merakam video ini. Antaranya, kawan-kawan saya yang mudah gelak. Saya juga merakam di sebuah restoran mamak. Suasana di restoran tersebut bising.
Berikut merupakan pautan youtube video setempat saya:
BBM3410-2022-ASAS VIDEOGRAFI VIDEO SETEMPAT
Kedatangan Kuliah Minggu 11 BBM3410 - 8/6/2022
Bukti kehadiran pada kali ini paling simple kalau dibandingkan dengan bukti kehadiran sebelum ini. Namun begitu, cara saya screenshot dengan cara yang pelik.
Thursday, June 9, 2022
Infografik Media Sosial BBM3410
Tugasan amali pada minggu ini adalah untuk menghasilkan infografik yang mempunyai kandungan kelebihan media sosial. Antara media sosial yang dibincangkan ialah Instagram, Twitter, Facebook, TikTok, YouTube, LinkedIn dan Blogger. Saya telah memberikan empat kelebihan untuk setiap media sosial tersebut. Media sosial ini kami kerap menggunakannya dalam kelas Multimedia dalam Bahasa.
Berikut merupakan infografik yang saya hasilkan:
Kehadiran Amali BBM 3410 10/06/2022
Bukti kehadiran kali ini lain disebabkan masing-masing lupa hendak ambil bukti kehadiran. Selepas itu, baru mendapat arahan daripada ketua yang perlu ambil gambar dengan buku Multimedia dalam Bahasa.
Wednesday, June 8, 2022
Asas Videografi: Video Dokumentari
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), video dokumentari merujuk kepada video yang tidak mempunyai penceritaan. Video dokumentari memberi pengetahuan tentang sesuatu perkara kepada pendengar iaitu terdapat seorang yang mengulas tentang dokumentari yang dipaparkan. Kadangkala, video jenis ini disertakan dengan temu bual bersama watak sebenar dalam situasi tersebut.
Proses untuk menyiapkan video dokumentari ini berjalan dengan lancar. Semua ahli kumpulan memberikan kerjasama yang baik semasa menghasilkan video ini. Kami memilih tema "sukan" mengikut kata sepakat daripada semua ahli kumpulan. Kemudian, kami berbincang mengenai isi-isi penting yang perlu dimasukkan dalam video tersebut. Walaupun ada di antara kumpulan kami yang masih berada di rumah, tetapi proses untuk menyiapkan tugasan ini tetap berjalan seperti yang dirancang.
Berikut merupakan pautan Video Dokumentari Kumpulan KJK Production
Video Dokumentari KJK Production
Friday, June 3, 2022
Asas Videografi: Tragedi
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), video tragedi merujuk kepada video yang melibatkan plot cerita yang memberikan kesan emosi yang tinggi. Emosi seperti sedih, murung, terkejut dan pelbagai emosi yang negatif. Video tragedi seharusnya mempunyai jalan cerita yang memberikan impak dalam kehidupan seseorang.
Proses penghasilan video tragedi ini berjalan dengan lancar. Semua ahli kumpulan memberikan kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang proses penghasilan video ini dijalankan. Banyak pengalaman baharu yang kami dapat semasa menghasilkan video ini. Pemilihan jalan cerita, tempat dan waktu yang sesuai juga membantu kami menjayakan video tragedi ini.
Berikut merupakan pautan video tragedi KJK Production:
Thursday, June 2, 2022
Profil LinkedIn
Tugasan amali minggu ini memerlukan kami untuk mencipta profil LinkedIn. Profil ini bertujuan untuk memudahkan proses mencari kerja selepas bergraduat dan mengukuhkan hubungan melalui 'connection' atau 'following' dengan pekerja profesional.
Berikut merupakan profil LinkedIn saya
Berikut merupakan pautan LinkedIn saya
Berikut merupakan profil LinkedIn Professor Dr. Normaliza Bin Abd. Rahim
Berikut merupakan bukti saya telah "connect" dengan Professor Dr. Normaliza
Asas Videografi: Video Seram
Proses penghasilan video seram ini berjalan dengan lancar. Semua ahli kumpulan memberikan kerjasama yang baik semasa proses penghasilan video ini dijalankan. Pemilihan lokasi penggambaran adalah dibuat secara bersama-sama.
Kami semua mendapat pengalaman baharu dalam menghasilkan video jenis seram ini. Pengalaman ini sangat bermakna dan proses penggambaran yang dijalankan sangat seronok. Suasana waktu malam yang dipilih sebagai latar masa bagi video ini juga membantu kami dalam menjayakan video seram ini dan mood seram dapat dihidupkan dalam video kami kali ini.
Berikut merupakan pautan video seram kumpulan KJK production:
Kehadiran Kuliah BBM3410 - 1 Jun 2022
About Me

- Pavitra
- Hi, everyone. Pavitra here. This blog is all about myself and definitely people around me.
-
Potrait Jenis gambar: Potrait Lokasi: Bukit Ekspo, UPM Masa: 11 pagi Tarikh: 15 April 2022 Model: Pavitra Papan cerita: Maklumlah jadi mode...
-
Pemandangan Jenis gambar: Pemandangan Lokasi: Pantai Kelanang, Banting, Selangor Masa: 7 malam Tarikh: 9 April 2022 Papan cerita: Indah su...
-
Posting "Teka Teki" dalam Instagram Sendiri 20 Komen dalam Posting "Teka Teki" Rakan Tugasan amali iaitu memerlukan kam...