Saturday, May 28, 2022
Asas Videografi: Video Lagu
Asas Videografi: Video Fokus / Video Tanpa Wajah
Papan Cerita: Asas Videografi: Video Fokus / Video Tanpa Wajah
Friday, May 27, 2022
Post Tiktok: HFMD
Amali pada minggu ke-8 memerlukan kami untuk menghasilkan satu video berkenaan HFMD dan post video tersebut di akaun TikTok kami. Tujuan video HFMD ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada semua masyarakat. Semasa menghasilkan video ini, banyak info baru yang saya peroleh!
Post Tiktok: Senaman Ringan
Thursday, May 26, 2022
Post Facebook: Nasihat Ibu
Posting "Nasihat Ibu" dalam Akaun Facebook Sendiri
Komen Posting "Nasihat Ibu" dalam Akaun Rakan
Posting ini mengimbas kembali kenangan zaman sekolah apabila ibu asyik nasihat. Masa itu geram asyik kena marah tetapi sekarang rindu suara yang selalu berleter. Apabila sudah besar dan duduk jauh dari ibu, nasihat telah kurang. Adakah saya sudah cukup besar?
Post Twitter: Kata-Kata Hikmah
Kata hikmah ini sangat berkait dengan kehidupan dan kepercayaan saya. Saya sangat mempercayai bahawa kesenangan dalam kehidupan tidak dapat diperoleh dengan mudah. Usaha yang gigih diperlukan untuk mencapai hasrat tersebut. Suri teladan yang bersesuaian dengan kata-kata hikmah ini ialah ayah saya yang telah berkerja keras demi keluarganya yang menikmati kesenangan pada hari ini.
BBM3410 2022
bbm3410 2022
Post Instagram: Teka Teki
Posting "Teka Teki" dalam Instagram Sendiri
20 Komen dalam Posting "Teka Teki" Rakan
Tugasan amali iaitu memerlukan kami post dua teka teki dalam Instagram dan juga komen jawab teka teki 20 kawan. Pada pendapat saya, tugasan ini menarik dan pelbagai teka-teki baru yang saya jumpa. Seronok betul tugasan kali ini.
Asas Videografi: One Shot Three Layer
Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya, Multimedia dalam Bahasa, video one shot three layer merupakan satu video yang menunjukkan bahawa terdapat tiga lapisan dalam satu video tersebut. Tiga lapisan yang dimaksudkan ialah lapisan nyanyian, lakonan dan lapisan pergerakan.
Proses penghasilan video ini berjalan dengan lancar. Hal ini kerana semua ahli kumpulan memberikan komitmen yang sepenuhnya walaupun ada di antara kami yang berada di rumah masing-masing. Pemilihan tempat, masa dan pakaian dicapai mengikut kata putus bersama. Sehari sebelum kami melakukan rakaman bagi tugasan ini, kami semua sempat melakukan rehearsel dan menyumbang idea masing-masing. Kami semua sangat gembira dan enjoy sepanjang proses penghasilan video ini dijalankan.
Berikut merupakan pautan video one shot three layer kumpulan kami
Wednesday, May 25, 2022
Asas Videografi: One Shot Two Layer
Bagi kelas kuliah minggu ini, kami diminta untuk menyediakan satu video berkaitan asas videografi iaitu one shot two layer. Ketika bermesyuarat untuk menghasilkan tugasan video ini, agak sukar untuk mencari tarikh dan waktu yang sesuai kerana kekangan masa yang dihadapi oleh setiap ahli kumpulan.
Terdapat salah seorang daripada ahli kumpulan kami yang menyertai Sukan Kolej. Oleh itu, kami semua bersepakat untuk membuat latihan pada waktu malam. Walaupun agak letih, kami berjaya mencapai kata putus dan menghasilkan video ini dengan kerjasama erat daripada setiap ahli kumpulan.
Berikut merupakan pautan YouTube untuk video One Shot Two Layer kumpulan kami.
BBM3410-2022-ASAS VIDEOGRAFI ONE SHOT TWO LAYER [KJK PRODUCTION]
Kehadiran Kuliah 18 Mei 2022 BBM3410
Tuesday, May 17, 2022
Asas Videografi: One Shot One Layer
Video one shot ialah rakaman yang dibuat tanpa menggerakkan alat perakam video tersebut. Video ini dikenali sebagai one shot kerana tidak boleh melakukan apa-apa suntingan. Video one shot disertai dengan satu lagu yang sesuai yang menunjukkan mimik nyanyian. Video one shot yang menarik menunjukkan pergerakan individu atau kumpulan yang keluar dan masuk dari sisi untuk menampakkan video yang lebih menarik. Setiap rakaman video one shot berdurasi lebih kurang tiga minit mengikut durasi satu lagu yang dipilih. Kami mempunyai beberapa kekangan seperti masa dan tempat, tugasan tetap dapat disiapkan kerana semua ahli kumpulan saya mudah untuk berbincang.
Berikut merupakan pautan YouTube video berkumpulan bagi tugasan ini:
BBM3410-2022-ASAS VIDEOGRAFI ONE SHOT ONE LAYER [KJK PRODUCTION]
Sunday, May 15, 2022
Twitter: Ruang
Tweet "Ruang" Akaun Twitter Sendiri
Komen Tweet "Ruang" Akaun Twitter Rakan
About Me

- Pavitra
- Hi, everyone. Pavitra here. This blog is all about myself and definitely people around me.
-
Potrait Jenis gambar: Potrait Lokasi: Bukit Ekspo, UPM Masa: 11 pagi Tarikh: 15 April 2022 Model: Pavitra Papan cerita: Maklumlah jadi mode...
-
Pemandangan Jenis gambar: Pemandangan Lokasi: Pantai Kelanang, Banting, Selangor Masa: 7 malam Tarikh: 9 April 2022 Papan cerita: Indah su...
-
Posting "Teka Teki" dalam Instagram Sendiri 20 Komen dalam Posting "Teka Teki" Rakan Tugasan amali iaitu memerlukan kam...